Monday, July 18, 2011

MY FIRST TUTTI FRUTTI


TUTTI FRUTTI



Akhirnya apa yang didamda telah pun dapat di makan tapi yang tidak dapat ciklala lupakan kitaorang sanggup pergi penang just nak merasa tutti frutti yang jadi pujaan orang ramai tapi bersebab ada someone nak hantar kak angkat dia dan cuba opret kereta abang dia kalau tidak tak sampai jugak kami nak merasa tutti frutti.


masa ontheway didalam hati kitaorang semua fikirkan cik tutti frutti yang cantik dan sedap tu.asal cakap ja mesti sebut tentang cik tutti ja*biasalah tak penah makan* kempunan.dah sampai ja penang ciklala yang paling excited sampai kak angkat sidia tak sempat nak simpan barang *bab makan kalut sikit*.


ciklala kesian la pulak mesti dia letih so berenti rest dekat rumah kak angkat.mandi siap semua tapi tak nak pergi pulak duduk syok *cakap orang kedah* layan astro cerita pontianak kg batu, era fazira belakon best cantik dia pakai baju orang dulu era p.ramle so layan sampai habis .


ciklala apalagi kelaparan lahkan tadi punya semangat nak makn tutti frutti sudah terbantut sebab layan cerita pontianak tadi.so semua sudah lapar pergi makan dulu lepas kenyang baru pergi cari cik tutti sayang tuh.


nak dijadikan cerita kitaorang tak pulak reti guna mesin tu so ter
paksa suruh abang tu ajarkan malu pulak ciklala orang dekat situ ramai tapi buat bodoh sudah.so dapatlah makan hilang semua kempunan kami.




amboi tak tengok dah kiri kanan






ni ciklala punya yew


kak atun punya



ni si dia punya tak meriah pun coz dia takut tak sedap
tapi sedap so dia nak buy lagi



so lepas sudah kenyang balik la kedah just datang penang cuba cik tutti ni saja.cik lala pulak masuk kereta nak buat mata biar si dia bawak sorang*jahat betul dia ni*

Sunday, July 10, 2011

KISAH NORMA DAN TALIB


Cik lala jalan-jalan ke blog fillanie dan entry kali ni sangat menyentuh hati cik lala..bayangkan pasangan nie baru ja kawin dan dikurnia anak menhadapi dugaan yang sangat besar.

marilah kita sama2 memberi bantuan kepada pasangan ini.


Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-




MR.MACAROONS NAK LAGI !!!!!!

Disatu petang yang teramat panas,cik lala dan walin bertemu dan berdating dengan jejaka hensem bernama mr.macaroons...bermulalah episod jatuh cintan

kejadian pertengahan bulan January 2011

walin :nak cuba rasa my new fv macaroons..

cik lala :apa ni?sedap ke?wah warna warni lagi?

walin :cuba dulu sedap kot ni rugi tak cuba...

cik lala : ok aku cuba..

walin : macam mana sedap tak?

cik lala : wah sedap kot kasi la semua..ko boleh pergi beli lain..

walin :bagi cuba kebas semua..

cik lal : siapa suruh bagi cuba...


pengakuan cik lala tak pernah makan benda comel macam ni.sedap berwarna warni kesian kawan cik lala semua ciklala kebas dari dia masuk dalam mulut*seorang yang kejam*.dulu cik lala suka dengan gula-gula cadberry penangan jantung hati tapi cik lala sudah berlaku curang terhadap dia dan memilih mr.macaroons terhensem sebagai kekasih baru*kejam kejam kejam*.




Dari uncle Google




laduree macroons


lihatlah berwarna warni mencairkan mulut cik lala sudah tak tertahan rasanya.cik lala sangat suka akan yang berwarna light pink ntah kenapa mungkin pink kot.ok lah nak barmanja sekajap dengan mr.macaroons cik lala.


p/s:kepada sesiapa yang tahu dimana boleh buy online sila lah beritahu cik lala jasa anda amat dihargai.

Wednesday, July 6, 2011

WAH! CONTEST TROPICANA TWISTER

Dah lama jugak cik lala diamkan diri dari menyebuk dekat sini.bukan apa saja je biarkan tempat alam maya ni dipenuhi sarang labah.


Cik lala tangah seronok nie best tak ingat dunia sebab ada contest tropicana twister bermimpi nak join contest.prize diorang bagi memang gempak rugi kalau tak joinkan *bermimpi ja lebih* .berbalik pada contest ni mula 9 mei - 31 july sudah lamakan contest tapi baru hari ni tergerak hati nak join *duduk zaman mana la cik lala ni* mesti sudah berdozen korang hantar contest ni *sedih la pulak*


JOM TENGOK PRIZE GEMPAK


PERTAMA:
1 x BMW 320i
KEDUA: 10 x LED TV + Home Theater System
KETIGA: 20 x Laptop
KEEMPAT: 30 x DSLR Camera
HADIAH ISTIMEWA: 40 x Tablet Computer
SAGU HATI: 50 x RM500 cash
MINGGUAN: 12 x Gold Coin worth RM5,000


bagi korang yang nak tahu lebih banyak tentang contest ni lawatilah laman sesawang tropicana twister


p/s:masa kerja tapi ciklala sebuk buat entry dan post dekat sini

Wednesday, June 22, 2011

NEW MYVI IN PURPLE....JATUH CINTAN LAH


Cik lala rasa 1 malaysi dah tahu produa myvi ada keluarkan myvi warna baru sudah tentu lah purple,cik lala suka sangat.cik lala jatuh cinta kali pertama tengok myvi ni dalam tv.warna dia sungguh cantik warna kegemaran pulak tu.aduh makin bertambah selera lah cik lala makan nasi *pasal makan tak pernah tak berselera dia ni*


Bagi korang yang tak sukakan warna purple terutama guys dekat luar sana tu boleh buat pilihan lain.produa ada jugak keluarkan warna macam madalion grey,glittering silver,ebony black,pearl white,ivory white semua warna ni dalam metalic tau memang bersinar bila kita drive masa siang hari.


Price untuk myvi baru di semenanjung dari RM43 900.00 hingga RM 49 900.00 tapi mengikut bentuk body myvi dari myvi 1.3L SX, 1.3L EX, 1.3L SXi, dan 1.3L EZi pandai2 korang lah pilih mengikut citarasa tersendiri.Bagi diorang yang tinggal di kawasan SERAWAK dari RM 45 950.20 hingga RM 51 940.30 dan SABAH RM 46 204.10 hingga RM 52 179.10 mengikut kawasan korang.


jom tengok myvi baru

luas cantik kan





bagi korang yang nak tau lebih tentang kereta myvi ni pergi ke laman sosial di http://www.produa.com.my dekat sini korang boleh tau lebih banyak tentang myvi ni

Tuesday, June 21, 2011

ZIKO SI MUSANG PULUT

ziko si kaki manja bila kena marah *geram cik lala*




Mesti korang sudah tahu cik lala bela sekor musang kan.sebab menyebab cik lala bela musang ni disebabkan dia kematian emaknya,kesian pulak nak biarkan anak musang ni sorang2 dekat situ sudah lah sejuk tempat tu so ambil keputusan bela dia sampai besar.sekarang dah dekat 3 bulan kami bela takut juga nak bela musang ni,takut kena saman dengan jabatan haiwan *kami nak bela sampai dia besar ja nanti lepas dekat hutan balik*


Cakap tentang ziko dia seekor musang yang suka main gigit2 pantang nampak jari mesti gigit,suka lari2 comel walaupun tak lah comel,suka gigit ekor kucing yang tengah lending*kucing tu makan ko baru tau* dan suka buat muka sedih*sorry i tak kesiankan u ziko*.


dia sekor musang yang memilih makanan *hebat musang ni makan sedap2 mengalahkan aku*,sangat2 suka akan ayam goreng mak cik lala *bila makan ayam nak sumbat semua dalam mulut takut orang makan dia punya tak sedar dia musang mulut kecik* ,pisang berangan kegemaran *berangan ja makan pisang ni si ziko* .


Cik lala selalu mandikan si ziko mandi memang wajib biar wangi sikit sebab dia busuk tapi ayah cik lala cakap tak busuk bau macam daun pandan dan air kecil pun bau daun pandan tapi bagi cik lala bau tu busuk sama dengan air kecil kucing.kitaorang tak selalu masukkan dia dalam sangkar sebab dia nak jugak bebas jalan2 betul tak *pandai2 ja kan cik lala ni*.


Penat cik lala bercerita jom kita tengok gelagat ziko bila kena marah



MUKA MINTA SIMPATI



KEDUDUKAN BADAN YANG COMEL



DARI PANDANGAN SISI


CIK LALA TAK SAMPAI HATI TENGOK SI ZIKO BUAT MUKA COMEYYYY TAK JADI MARAH ....



JOM TENGOK AKSI TIDO YANG SANGAT2 COMEYYYYY DARI SI MUSANG BERNAMA ZIKO



SEDAP TIDO ATAS TEDDY BEAR CIK LALA


SEKIAN SAMPAI SINI SAHAJA*SKEMA LAH PULAK*



Wednesday, June 8, 2011

WARNA WARNI DI HATI BERSAMA KOTEX







Seperti korang tau sekarang ni kotex ada keluar produk baru iaitu KOTEX® LUXE* Ultrathin Design pads yang berwarna warni memang cantik sangat2 design tu cik lala suka sangat.


Terdapat 2 kelebihan produk baru ni bila korang pakai pad ni rasa macam tak pakai apa-apa pun sebab pad ni ringan sangat2 dengan ada bahan penyerap super untuk perlindungan dari kebocoran.lepas tu pad ni jugak lembut bila pakai dan penghujung kapas lembut bila terkena kulit kita tak lah terasa sakit.terdapat 6 desing untuk produk ni tau semua cantik warna warni.



cantikan bungkusan ni cik lala suka



cute design


Bagi korang yang nak tahu banyak lagi information untuk produk ni korang boleh pergi ke laman sosial http://www.kotex.com.my/wow/ atau taip jah dekat unclu google kotex malaysia lagi mudah dalam laman ni.


Korang boleh jawap soalan2 tentang diri korang di wow personality dan join diorang punya member untuk dapat simple percuma tapi ambil masa 3 hingga 4 minggu untuk sampai di depan rumah korang.bukan setakat tu saja terdapat jugak download wow tollkit dan wacth wow tvc.oklah cik lala nak pergi borong kotex.

p/s:ops lupa pulak nak bagi tahu korang sekarang kotex ada buat peraduan tau..hadiah sangat2 menarik so sape2 nak join korang just online laman web sosial kotex...