Tuesday, September 6, 2011

L'OREAL PARIS SMOOTH-INTENSE MEMANG BERKESAN

Hari ni nak review pasal produk rambut entah mimpi apa pulak cik lala hari ni..
gara-gara rambut yang rosak dan kusut akibat kehendak diri nak meluruskan rambut *padan muka*


cik lala nak berterus terang rambut cik lala memang teruk rosak,rapuh,bercabang dan kasar nak dikatakan teruk tu tidak sangat tapi teruk jugak.
kalau korang tengok rambut cik lala ni teruk sangat.
rambut yang putus dan gugur tu jangan korang kata sikit banyak nak kuar pergi jalan-jalan
amat malas dan malu dengan rambut yang tidak bermaya.


balik saja kampung semua orang tegur rambut ciklala siap pegang lagi.
kalau pegang saja tak apa lah kan ni komen lagi
"eh lala rambut ko kasarnya kering kontang tak jaga ke"
masa tuh mula fikir nak saja gunting sampai botak
mesti tak ada lagi yang berani komen.



kak ciklala cadangkan cik lala guna shampoo loreal
pada mulanya memang tak berapa nak percaya cakap dia.
dia guna 2 bulan ok je rambut dia tidak lagi bermasalah macam dulu
so ciklala rembat sikit shampoo dia
best bau dia wangi
ciklala taruk banyak sikit kan free*tamak*


lapas pakai memang berkesan rambut jadi lurus,lembut dan tak kasut lagi
malam tu jugak pergi rembat dekat tesco 1 botol
cik lala beli shampoo dulu lain kali nak beli serum pulak macam best je.


cik lala ada baca beberapa review dari blog lain pasal produk ni
semua berpuas hati dengan produk ni.
so menaikan lagi keinginan nak guna.
so korang pun trylah ye
selamat mencuba.


Wednesday, August 24, 2011

AKHIRNYA MENJADI MILIKKU




SORRY LAMA TAK UPDATE DISEBABKAN KESEBUKAN MELANDA DIRI CIK LALA

Nak tau apa yang menjadi milik cik lala

.
.
.
.
.
.
.
..
...
....


barang ini lah yang dimaksudkan tadi
jam tangan dengan handbag pujaan hati kalbu
yang telah lama mengidam tapi baru terkalbu hajat cik lala
mengunakan duit gaji yang tak seberapa banyak
membeli barangan ni sebab bekenan
*pantang nampak handbag dengan jam*

.
.
.
.
.
..
...
....


SUKA SANGAT HANDBAG ANNE KLEIN2 NIE BESAR LEH LETAK MACAM2 BENDA DAN YANG PENTING SLING BAG

Dan terakhir

.
.
.
.
.
..
...
....



JAM TANGAN LIZ CLAIBORENE COMEL KECIK JE
SUKA SANGAT



AKHIRNYA TERMAKBUL JUGAK
OK LA CIK LALA NAK BUAT KERJA
NANTI KITA POST LAGI

Thursday, August 4, 2011

LOSS

PENGUMUMAN

cik lala kehilangan haiwan peliharaan yang sangat comel....ZIKO...
sekarang tidur pun tak lena mandi pun tak basah makan pun tak lalu.cik lala sedih sangat panggil nama dia pun tak kuar jugak dah cari merata tempat still tak jumpa.selalu dia ikut je kalau lepaskan,kalau panggil nama dia mesti dia keluar dari tempat persembunyian dia atau tempat main dia tapi dia panggil tak keluar.


cik lala dah tak da semangat nak menaip kat buku ni.sampai sini saja.





loss

Wednesday, July 20, 2011

KISAH HANTU

mesti korang penah jugakkan kena kacau dengan hantu betol tak tapi cik lala tak la kena selalu just baru 2 kali seumur hidup cik lala itu pun cik lala tak sangka akan kena kacau.


kisah 1
darjah 4 dan adik umur 7 tahun

kisah ni terjadi masa di rumah mak angkat pada mak cik lala panggil wan.wan tinggal dekat taipeng perak rumah taman teres ja cantik rumah tu walaupun kecil rumah tu 2 dari hujung.malam tu selepas makan kitaorang lepak depan tv tengah tengok berita kot kalu seingat cik lala.best ja tengok terasa nak pergi toilet tapi takut nak pergi coz gelap dekat dapur.berhadapan tandas ada bilik tapi gelap sungguh tak buka lampu.so beranikan diri pergi jugak ajak wan temankan wan tak nak.masa pergi tandas dah tak sedap badan rasa lain macam ja.pintu cik lala buka sikit dan buang la hajat cik lala masa tengah buang ciklala nampak adik ciklala lintas pergi arah toilet sebelah lepas toilet tu pintu dapur tapi kunci dengan manga memang tak dapat buka dan tinggi manga pintu tu.ciklala pun buat tak tahu ja la ingatkan adik cik lala buang hajat dekat toilet sebelah.cik lala terus pergi depan nampak adik ciklala apa lagi penik dan berpeluh ciklala tanya wan tadi adik ada pergi tandas ke wan, tadi nampak adik lalu kat situ wan cakap tak pun adik tengok tv dengan wan dari tadi lagi.cuak betul wan kata macam tu.lepas tu cik lala senyap la tak cakap pa pun dan wan terus baca hembus dekat kepala cik lala mungkin wan tau kot.esoknya cik lala cerita semua dekat wan.malam tu tidur peluk wan kuat2.


kisah2
masa ni tingkatan 1

sebenarnya hari tu kenduri kawin adik beradik so selesai semua kemas cik lala masuk dalam rumah baru nak duduk tengok makcik diam ja tak cakap apa pun.cik lala tegurla kan tapi tak jugak cakap.cik lala pun bagitahu dekat ayah pasal makcik,ayah cakap makcik kena kacau dengan benda.panggil orang berubat lama la jugak cik lala pulak gedik nak tengok lah kan tak biasa tengok cik lala pun duduk jauh tapi betul2 hujung kaki makcik.orang tua2 kata tak baik duduk betul2 hujung kaki orang yang kena kacau benda tuh keluar terus dari hujung kaki betul ke?entah lah.lepas semua selesai makcik pun macam biasa balik tapi lembik saja tubuh makcik.masa benda tu keluar cik lala rasa macam benda tu datang dekat cik lala tapi buat tak tahu ja mungkin perasaan kot.balik sahaja rumah nak tidur tapi ciklala dulu2 tidur depan tv so senang nak tidur lepas tengok tv tak payah masuk bilik*pemalas * dan selalu kucing ciklala akan datang tidur dengan ciklala dia temankan tiap2 malam.masa nak terlelap tu rasa macam orang panggil ja nama cik lala dari dalam bilik cik lala yang pintu bilik tu terbuka sikit mula2 pelan lama2 makin kuat ciklala dah mula penik nak pergi dekat mak pun takut sampaikan kucing cik lala lari tak nak tidur situ.cik lala rasa hairan padahal dalam bilik tu tak siapa pun tidur melainkan cik lala sorang saja dah tak tahan cik lala lari sampai menangis dekat mak dan ayah ciklala malam tu tidur dengan ayahmak.


p/s:minta2 tak lagi la kena macam tu kan.

Monday, July 18, 2011

MY FIRST TUTTI FRUTTI


TUTTI FRUTTI



Akhirnya apa yang didamda telah pun dapat di makan tapi yang tidak dapat ciklala lupakan kitaorang sanggup pergi penang just nak merasa tutti frutti yang jadi pujaan orang ramai tapi bersebab ada someone nak hantar kak angkat dia dan cuba opret kereta abang dia kalau tidak tak sampai jugak kami nak merasa tutti frutti.


masa ontheway didalam hati kitaorang semua fikirkan cik tutti frutti yang cantik dan sedap tu.asal cakap ja mesti sebut tentang cik tutti ja*biasalah tak penah makan* kempunan.dah sampai ja penang ciklala yang paling excited sampai kak angkat sidia tak sempat nak simpan barang *bab makan kalut sikit*.


ciklala kesian la pulak mesti dia letih so berenti rest dekat rumah kak angkat.mandi siap semua tapi tak nak pergi pulak duduk syok *cakap orang kedah* layan astro cerita pontianak kg batu, era fazira belakon best cantik dia pakai baju orang dulu era p.ramle so layan sampai habis .


ciklala apalagi kelaparan lahkan tadi punya semangat nak makn tutti frutti sudah terbantut sebab layan cerita pontianak tadi.so semua sudah lapar pergi makan dulu lepas kenyang baru pergi cari cik tutti sayang tuh.


nak dijadikan cerita kitaorang tak pulak reti guna mesin tu so ter
paksa suruh abang tu ajarkan malu pulak ciklala orang dekat situ ramai tapi buat bodoh sudah.so dapatlah makan hilang semua kempunan kami.




amboi tak tengok dah kiri kanan






ni ciklala punya yew


kak atun punya



ni si dia punya tak meriah pun coz dia takut tak sedap
tapi sedap so dia nak buy lagi



so lepas sudah kenyang balik la kedah just datang penang cuba cik tutti ni saja.cik lala pulak masuk kereta nak buat mata biar si dia bawak sorang*jahat betul dia ni*

Sunday, July 10, 2011

KISAH NORMA DAN TALIB


Cik lala jalan-jalan ke blog fillanie dan entry kali ni sangat menyentuh hati cik lala..bayangkan pasangan nie baru ja kawin dan dikurnia anak menhadapi dugaan yang sangat besar.

marilah kita sama2 memberi bantuan kepada pasangan ini.


Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-




MR.MACAROONS NAK LAGI !!!!!!

Disatu petang yang teramat panas,cik lala dan walin bertemu dan berdating dengan jejaka hensem bernama mr.macaroons...bermulalah episod jatuh cintan

kejadian pertengahan bulan January 2011

walin :nak cuba rasa my new fv macaroons..

cik lala :apa ni?sedap ke?wah warna warni lagi?

walin :cuba dulu sedap kot ni rugi tak cuba...

cik lala : ok aku cuba..

walin : macam mana sedap tak?

cik lala : wah sedap kot kasi la semua..ko boleh pergi beli lain..

walin :bagi cuba kebas semua..

cik lal : siapa suruh bagi cuba...


pengakuan cik lala tak pernah makan benda comel macam ni.sedap berwarna warni kesian kawan cik lala semua ciklala kebas dari dia masuk dalam mulut*seorang yang kejam*.dulu cik lala suka dengan gula-gula cadberry penangan jantung hati tapi cik lala sudah berlaku curang terhadap dia dan memilih mr.macaroons terhensem sebagai kekasih baru*kejam kejam kejam*.




Dari uncle Google




laduree macroons


lihatlah berwarna warni mencairkan mulut cik lala sudah tak tertahan rasanya.cik lala sangat suka akan yang berwarna light pink ntah kenapa mungkin pink kot.ok lah nak barmanja sekajap dengan mr.macaroons cik lala.


p/s:kepada sesiapa yang tahu dimana boleh buy online sila lah beritahu cik lala jasa anda amat dihargai.