Tuesday, June 21, 2011

ZIKO SI MUSANG PULUT

ziko si kaki manja bila kena marah *geram cik lala*




Mesti korang sudah tahu cik lala bela sekor musang kan.sebab menyebab cik lala bela musang ni disebabkan dia kematian emaknya,kesian pulak nak biarkan anak musang ni sorang2 dekat situ sudah lah sejuk tempat tu so ambil keputusan bela dia sampai besar.sekarang dah dekat 3 bulan kami bela takut juga nak bela musang ni,takut kena saman dengan jabatan haiwan *kami nak bela sampai dia besar ja nanti lepas dekat hutan balik*


Cakap tentang ziko dia seekor musang yang suka main gigit2 pantang nampak jari mesti gigit,suka lari2 comel walaupun tak lah comel,suka gigit ekor kucing yang tengah lending*kucing tu makan ko baru tau* dan suka buat muka sedih*sorry i tak kesiankan u ziko*.


dia sekor musang yang memilih makanan *hebat musang ni makan sedap2 mengalahkan aku*,sangat2 suka akan ayam goreng mak cik lala *bila makan ayam nak sumbat semua dalam mulut takut orang makan dia punya tak sedar dia musang mulut kecik* ,pisang berangan kegemaran *berangan ja makan pisang ni si ziko* .


Cik lala selalu mandikan si ziko mandi memang wajib biar wangi sikit sebab dia busuk tapi ayah cik lala cakap tak busuk bau macam daun pandan dan air kecil pun bau daun pandan tapi bagi cik lala bau tu busuk sama dengan air kecil kucing.kitaorang tak selalu masukkan dia dalam sangkar sebab dia nak jugak bebas jalan2 betul tak *pandai2 ja kan cik lala ni*.


Penat cik lala bercerita jom kita tengok gelagat ziko bila kena marah



MUKA MINTA SIMPATI



KEDUDUKAN BADAN YANG COMEL



DARI PANDANGAN SISI


CIK LALA TAK SAMPAI HATI TENGOK SI ZIKO BUAT MUKA COMEYYYY TAK JADI MARAH ....



JOM TENGOK AKSI TIDO YANG SANGAT2 COMEYYYYY DARI SI MUSANG BERNAMA ZIKO



SEDAP TIDO ATAS TEDDY BEAR CIK LALA


SEKIAN SAMPAI SINI SAHAJA*SKEMA LAH PULAK*



Wednesday, June 8, 2011

WARNA WARNI DI HATI BERSAMA KOTEX







Seperti korang tau sekarang ni kotex ada keluar produk baru iaitu KOTEX® LUXE* Ultrathin Design pads yang berwarna warni memang cantik sangat2 design tu cik lala suka sangat.


Terdapat 2 kelebihan produk baru ni bila korang pakai pad ni rasa macam tak pakai apa-apa pun sebab pad ni ringan sangat2 dengan ada bahan penyerap super untuk perlindungan dari kebocoran.lepas tu pad ni jugak lembut bila pakai dan penghujung kapas lembut bila terkena kulit kita tak lah terasa sakit.terdapat 6 desing untuk produk ni tau semua cantik warna warni.



cantikan bungkusan ni cik lala suka



cute design


Bagi korang yang nak tahu banyak lagi information untuk produk ni korang boleh pergi ke laman sosial http://www.kotex.com.my/wow/ atau taip jah dekat unclu google kotex malaysia lagi mudah dalam laman ni.


Korang boleh jawap soalan2 tentang diri korang di wow personality dan join diorang punya member untuk dapat simple percuma tapi ambil masa 3 hingga 4 minggu untuk sampai di depan rumah korang.bukan setakat tu saja terdapat jugak download wow tollkit dan wacth wow tvc.oklah cik lala nak pergi borong kotex.

p/s:ops lupa pulak nak bagi tahu korang sekarang kotex ada buat peraduan tau..hadiah sangat2 menarik so sape2 nak join korang just online laman web sosial kotex...

Monday, June 6, 2011

JALAN MAKAN ANGIN DI PHUKET

PHUKET PHUKET PHUKET

cik lala pergi ke phukat 3 bulan lepas hari ni baru nak update pasal trip ni.sorry sebab baru nak update ni semua gara2 handphone cik lala rosak.bercakap pasal trip ni kitaorang pergi tahun baru cina bulan 2*dah lama kan*


perjalanan yang mengambil masa 13 jam dari sempadan padang besar ke phuket.perjalanan memang jauh sangat2 macam kedah ke johor macam 2 lah.kami bertolak dari sempadan pukul 8 pagi malaysia kalau di thailand time tuh 7 pagi.sampai saja di phuket kami ke 1 tempat yang di PROMTEP CAPE,PHUKET memang ramai sangat orang dekat sana ada jugak patung2 gajah bermacam saiz.lepas lihat matahari terbenam kami singgah makan dan terus ke hotel.



myfamily n friends



PROMTEP CAPE PHUKET



*SORRY GAMBAR TAK JELAS JUST GUNA HANDPHONE*



esoknya pulak cik lala dan family dibawa ke PATONG BEACH PHUKET mesti pernah dengar tempat ni kan yang terkena shunami.masa cik lala pergi masih ada kesan shunami kat sini bagi korang dah pergi dekat tempat ni mesti sudah tengok di bangunan hotel betul2 hadap ke pantai kesan tingginya air ombak tnggi bangunan tuh 5 tingkat jadi boleh bayangkan betapa hebatnya.cik lala memang takut pergi sini takut shunami datang,cuaca masa tuh panas sangat dengan banyak mak saleh dan pak saleh mandi dan santai.



cantikkan tempat ni




Lepas dari tu kami ke JAMES BOND ISLAND DI PHANG NGA melihat keindahan yang teramat cantik batu2 dekat sana kalau rasa nak berkayak pun boleh nak mandi dan macam2 lagi lah best sangat. korang boleh jugak menyusuri laut dengan naik bot pancung seorng rm20 atau 200 bath.masa perjalanan tuh kami ternampak restoran terapung kawasan melayu thailand.kalau lapar boleh berenti makan.


gua yang dapat tembus


perkampungan melayu thailand




JAMES BOND ISLAND


sampai sini saja



p/s:sorry just sampai sini coz handphone rosak masa perjalanan balik..so x boleh ambil banyak photo.huh sedihnya





Wednesday, June 1, 2011

GUARDIAN MY HOME BEUTY



Guardin mungkin sudah lama dekat malaysia tapi cik lala tak tahu berapa lama dibuka dekat malaysia.cik lala rasa semua orang mesti tahu guardian betul tak terutama kaum perempuan macam kita.


cik lala sudah biasa shopping dekat sini coz dulu kak cik lala selalu bawak cik lala kesini dari cik lala darjah 3 lagi.selalunya cik lala suka beli barang makeup dekat sini harga berpatutan dan ape saja yang kita nak semua ada di guardian.


Cik lala selalu jugak kelaman web sosial guardian nak tengok hot sale untuk setiap bulan.memang jimat masa tak payah nak selak2 surat khabar just online saja.kalau korang nak tengok hot sale untuk bulan ni just pergi ke alamat ni https//www.guardian.com.my atau taip dekat uncle google guardian malaysia senangkan.


2 hari lepas last guardian sale *pantang nampak sale * disebabkan last cik lala asyik terpikirkan dia setiap saat di fikiran cik lala. lepas kerja cik lala terus pergi kesana.masuk saja semua barang berkenan dihati cik lala rasa macam nak beli ja silap2 haribulan cik lala borong 1 guardian ni*tamak punya peragai* dengan kesabaran yang cik lala ada tahan keinginan cik lala takut silap2 haribulan cik lala makan roti ja time


Produk yang cik lala beli bio essence start test dan lip ice...so love this product.coz cik lala nak try guna produk ni.memang best produk nie..licin ja rase muka cik lala.*tak bagitahu pun tak pa*.




masa sale hari tu cik lala buy dengan harga rm 20.88



dalam pack ni ada 6 semuanya ok


my lovely lip ice just 8.80



so jangan ketinggalan sale di guardian.......


p/s:sorry just simple msg k

Sunday, May 29, 2011

P.RAMLEE SENIMAN YANG DISEGANI

TAN SRI P.RAMLEE


TAN SRI P.RAMLEE 1 nama besar dalam perfileman tanah air kita sehingga ke hari ni.permergiannya membuatkan negara kita kehilangan 1 seniman yang terunggul dengan karya filem2 yang sungguh hebat arahan beliau.*macam dalam melodi la pulak*

filem2 beliau yang selalu tak lekang dek panas tak jemu dek mata kita semua dari filem lucu sampai lah filem yang menyentuh hati kita.cik lala kagum dengan p.ramlee sebab semua filem beliau tak pernah orang rasa jemu nak lihat walaupun dah banyak kali ditayang di tv.

kalau kat rumah cik lala selalu jugak la abang cik lala playkan filem beliau time2 cuti kan semua family berkumpul sambil tonton filem makan kacang memang best.bila mula jah part lawak gelak nak pecah rumah dah tak ingat dunia.

filem yang cik lala suka play atau tengok dekat tv macam bujang lapok,seniman bujang lapok,doremi,anakku sazali,69 dan banyak lagi.zaman sekarang memang susah nak cari pengarah seperti beliau,menghasilkan filem2 yang x penah dibuat oleh pengarah2 lain.



P.RAMLEE DENGAN SALOMA


walaupun dah lama permergian p.ramlee kita masih terasa kehilangan yang teramat besar seniman p.ramlee.hari ni genap lah 38 tahun permergiannya.cik lala harap remaja sekarang jangan lah lupa jasa p.ramlee kepada industri perfileman negara kita.beliau 1 dalam sejuta orang yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Saturday, May 28, 2011

LOOKBOOK PENCETUS GAYA FASHION TERKINI

hari ni rasa nak tukar gaya fashion yang best sikit lah sebab jemu dengan gaya yang cik lala selalu gayakan cik lala nak try yang baru.so dalam tercari2 kat uncle google ni terjumpa web site lookbook.memang gempak semua fashion ada dekat sini.korang nak fashion apa dari santai ke chic dan macam gaya ada dekat dalam ni just pilih ja ikut selera hati korang nak berfashion.

Dalam web ni jugak korang boleh searh mengikut negara,brand dan item yang korang nak dan yang paling menaraik korang boleh jadi member diorang just jion ja.semua gambar dalam lookbook nie di hantar dari seluruh dunia di update setiap hari.pelbagai fashion kita boleh cari cuma clik ja.

berbalik pada negara kita.fashion yang hangat sekarang sudah tentu tak lain vintage tapi tak semua orang suka kan.bagi korang yang teringin nak try fashion macam ni web site ni yang patut korang rujuk sebab dekat dalam ni banyak fashion berkaitan vintage.mesti korang tak menyesal punya.

ok cik lala review sikit fashion yang terdapat dekat lookbook ni.


* kalau nak kuar dengan kawan2 boleh la try gaya ni kan*
*cik lala suka 3 gambar ni simple ja*

kalau korang nak try fashion baru boleh la lihat dekat wab site ni http.//lookbook.nu/ atau just taip ja lookbook kat uncle google tu.bagi yang tak berapa tahu berfashion pun boleh cuba try fashion dekat sini nanti tak lah orang cakap mangsa fashion atau ketinggalan zaman.macam orang cakap fashion keterampilan seseorang wanita dinilai.*aduh cakap banyak lah pulak cik lala ni*


Thursday, May 26, 2011

HIDUP CERIA BERSAMA WALL'S CORNETTO

panasnya cuaca hari ni..kalau pekena ais krim kan best..basahlah sikit mulut ni rasa macam dalam peti ais ja.sebut perihal ais krim korang suka makan ais krim perisa apa?.bagi cik lala the best ice cream yang cik lala akan beli tak kira dimana saja semestinya wall's cornetto perisa Chocolate
bila masuk dalam mulut jah terasa kesedapan dan macam nak lagi..sampai jah kedai sekali 2 cik lala belikan 1 lagi simpan dalam peti ais nanti boleh makan lagi *tau makan jah*

sekarang nih pengeluar produk wall's cornetto ada keluarkan 2 perisa baru tau Cornetto Classic Chocolate dan Cornetto Strawberry Cheese Cake bagi yang suka sangat makan cheese cake boleh la try cornetto strawberry nie sebab masuk dengan selera korang..harga yang dijual di kedai baru RM2.20 dan RM2.80..murah je tak lah mahal..tapi kalau mahal pun cik lala beli jugak coz sedap.

malam nie pulak cik lala nak pergi pasaraya nak beli lagi 2 perisa baru Fruit Salad dan Double Dutch..cik lala dah lama menahan diri daripada merasa kesedapan resepi wall's yang baru sejak cik ais wall's nih bergaya dalam tv cik lala terliur cik lala*kuat makan sungguh dia ni* harga yang dijual kat kedai or pasaraya just rm10.90..berbaloi sukatan dalam bekas tuh 800ml,boleh korang makan sambil tengok movie or tengok tv dengan family korang.cik lala dah x sabar nak pergi pasaraya ni...

Double Dutch


Fruit Salad
yang cik lala best sekali fruit salad korang tengok lah kat packing dia ada fruit dalam tuh..bila masuk dalam mulut mesti meletup kan..resepi nie memang menjadi coz women or girl2 macam cik lala nie suka makan..macam healthy lah bagi diorang yang nak nikmati ais krim tapi dalam hati nak makan buah..sekarang dah boleh rasa ke2 coz 2 dalam 1 harga pun berpatutan..k lah jom kita pergi serbu pasaraya girl...